Monday, January 18, 2016

PENYAKIT KELAPA SAWIT




PENYAKIT KELAPA SAWIT

Tanaman kelapa sawit bermula biji benih yang hendak disemai di tapak semaian sehingga sesuai untuk diubah ke ladang. Biji benih ada yang diserang penyakit BROWN GERM iaitu embrio dalam isirong yang rosak atau hitam disebabkan oleh KULAT ASPERGILLIUS spp, PENICILLIUM spp dan FUSARIUM spp. Akibatnya biji embrio benih tidak bercambah boleh dikawal dengan menggunakan racun mencozeb dan benomyl iaitu direndam biji benih selama 15 minit. Penyakit kedua yang menyerang pada biji benih adalah penyakit Schizophyllum yang disebabkan oleh Shizophyllus commune dimana miseliumnya masuk kedalam biji benih dan merosakkannya.penyakit ini menyerang biji kelapa sawit yang pecah dan mesokap yang tidak bersih dan pada biji benih yang disimpan ditempat yang lembab. Cara kawalan dengan menggunakan racun kulat seperti Thiram dan juga pemilihan biji yang tidak pecah atau retak.Ketika di tapak semaian terdapat beberapa penyakit yang boleh menyerang tetapi ianya mudah dikawal. Antara penyakitnya adalah seperti penyakit Antraknos yang disebabkan oleh Melanconium, Bortyodiploida dan Glomerela. Bahagian anak benih yang derang akan berbintik perang dikelilingi kuning dimana berlaku pada benih yang berumur 1-3 bulan. Kawasan sekeliling yang lembab, susunan anak benih yang rapat dan siraman air berlebihan adalah puncanya.




















Penyakit Bintik Daun "Curvularia spp" akan meyerang daun yang terdedah terutamanya dikawsan tanah gambut.


Penyakit Karah Daun "Phytium spp" dan "Rhizoctonia spp" menyerang daunyag telah tua dan kemudian merebak ke bahagian batang dan akar anak benih sawit. Kawalan penyakit ditapak semaian ialah dengan penyusunan polibeg yang sesuai, imbangan baja yang sesuai mempunyai naungan yang optima dan penggunaan racun kulat yang disyorkan..











Di ladang pula terdapat dua jenis penyakit yang menyerang kelapa sawit di ladang iaitu penyakit reput pangkal batang "Ganoderma Boninense" dan penyakit reput perdu "Collectotricum spp" atau "Fusarium spp". Penyakit ini menyerang pokok pada umur 10 tahun ke atas walaupun ada kes yang penyakit ini menyerang pokok muda. Pucuk pokok di serang tidak akan mengembang dan daun tua akan patah dimana bahagian tisu akan berbau busuk. Biasanya pokok mati 6-12 bulan kemudian jika tidak di kawal. Kerugian mencecah sehingga 50% jika kelapa sawit ditanam ditanah bekas kelapa sawit yang berpenyakit. Kawalan dengan memungut batang atau tunggul yang berpenyakit hendaklah dibakar. Pokok yang dijangkiti pada peringkat awal boleh dikawal dengan mengunakan racun dahulu jika tidak akan dibakar.




penyakit reput perdu "crown disease" pula menyerang pokok berumur 1-3 tahun dimana pucuk tidak mengembang. Pertumbuhan terbantut dan daun melempai kebawah walaupun kemungkinan kadar serangan cuma 5% sahaja. Kaedah kawalan ialah dengan memilih anak benih yang tahan serangan penyakit. Pembajaan yang sempurna dan kebersihan ladang yang optima.




















No comments:

Post a Comment