Thursday, January 21, 2016

PROJEK PELAJAR BARU NAK UP

KELAPA SAWIT



PENGENALAN  BLOG.........
                                  ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
                         KAMI PELAJAR DARI KOS AGROTEKNOLOGI DI POLITEKNIK JELI INGIN BERKONGSI SEDIKIT ILMU TENTANG KELAPA SAWIT. KAMI MEMPUNYAI TIGA ORANG AHLI KUMPULAN YANG TERDIRI DARIPADA :
                                      I. AHMAD SYAZWAN BIN AHMAD SABRI
                                     II. MUHAMMAD AZZLI BIN SHAHROM
                                   III. LUQMANUL HAKIM BIN ZAKARIA



KAMI DATANG DARI NEGERI YANG BERBEZA IAITU KEDAH , KELANTAN DAN MELAKA......TIGA OTAK BERGABUNG UNTUK MENGHASILKAN BLOG INI...






















Wednesday, January 20, 2016

PENGENALAN TENTANG KELAPA SAWIT



Berkas:Elaeis guineensis0.jpg
DI SINI KAMI INGIN MENERANGKAN KEPADA ANDA TENTANG PEROSAK DAN PENYAKIT YANG MENYERANG TANAMAN KELAPA SAWIT..TAPI TAHUKAH ANDA TENTANG PEROSAK DAN PENYAKIT YANG MENYERANG POKOK KELAPA SAWIT??
RELAX....
KAMI MEMILIH TAJUK INI KERANA TAJUK INI TELAH KAMI PELAJARI DI DALAM KOS INDUSTRIAL CROP PRODUCTION...TERDAPAT BANYAK PEROSAK DAN PENYAKIT YANG MENYERANG KELAPA SAWIT..INI BOLEH MENYEBABKAN KERUGIAN KEPADA PETANI..KELAPA SAWIT ADALAH TANAMAN INDUSTRI YANG PENTING DALAM PENGHASILAN MINYAK...
SEBELUM ITU MARI KITA KENALI KELAPA SAWIT SECARA UMUM...



Kelapa sawit (Elaeis) adalah tumbuhan industri penting penghasil minyak masak, minyak industri, maupun bahan bakar (biodiesel).Perkebunannya menghasilkan keuntungan besar sehingga banyak hutan dan perkebunan lama dikonversi menjadi perkebunan kelapa sawit. Indonesia adalah penghasil minyak kelapa sawit terbesar di dunia. Di Indonesia penyebarannya di daerah Aceh, pantai timurSumatra, Jawa, Kalimantan, dan Sulawesi.
Kelapa sawit berbentuk pohon. Tingginya dapat mencapai 24 meter. Akar serabut tanaman kelapa sawit mengarah ke bawah dan samping. Selain itu juga terdapat beberapa akar napas yang tumbuh mengarah ke samping atas untuk mendapatkan tambahan aerasi.Seperti jenis palma lainnya, daunnya tersusun majemuk menyirip. Daun berwarna hijau tua dan pelepah berwarna sedikit lebih muda. Penampilannya agak mirip dengan tanaman salak, hanya saja dengan duri yang tidak terlalu keras dan tajam. Batang tanaman diselimuti bekas pelepah hingga umur 12 tahun. Setelah umur 12 tahun pelapah yang mengering akan terlepas sehingga penampilan menjadi mirip dengan kelapa.Bunga jantan dan betina terpisah namun berada pada satu pohon (monoecious diclin) dan memiliki waktu pematangan berbeda sehingga sangat jarang terjadi penyerbukan sendiri. Bunga jantan memiliki bentuk lancip dan panjang sementara bunga betina terlihat lebih besar dan mekar.Tanaman sawit dengan tipe cangkang pisifera bersifat female steril sehingga sangat jarang menghasilkan tandan buah dan dalam produksi benih unggul digunakan sebagai tetua jantan.Buah sawit mempunyai warna bervariasi dari hitam, ungu, hingga merah tergantung bibit yang digunakan. Buah bergerombol dalam tandan yang muncul dari tiap pelapah. Minyak dihasilkan oleh buah. Kandungan minyak bertambah sesuai kematangan buah. Setelah melewati fase matang, kandungan asam lemak bebas (FFA, free fatty acid) akan meningkat dan buah akan rontok dengan sendirinya.Buah terdiri dari tiga lapisan :


  •            Eksoskarp, bagian kulit buah berwarna kemerahan dan licin.          
  •            Mesoskarp, serabut buah           
  •            Endoskarp, cangkang pelindung inti

Inti sawit (kernel, yang sebetulnya adalah biji) merupakan endosperma dan embrio dengan kandungan minyak inti berkualitas tinggi.Kelapa sawit berkembang biak dengan cara generatif. Buah sawit matang pada kondisi tertentu embrionya akan berkecambah menghasilkan tunas (plumula) dan bakal akar (radikula).

Tuesday, January 19, 2016

CIRI CIRI KELAPA SAWIT

Jenis Dari Kelapa Sawit 

Tanaman kelapa sawit dibezakan menjadi tiga jenis berdasarkan tebal tipisnya cangkang dan daging buah tanaman kelapa sawit, yang dijelaskan sebagai berikut: 

1. Dura 

Jenis dura memiliki ciri-ciri yaitu: tebal cangkangnya sekitar 2-8 mm, kemudian tidak terdapat lingkaran serabut pada bagian luar cangkang. Pada daging buah relatif tipis, daging biji besar dengan kandungan minyak rendah, banyak digunakan sebagai induk betina dalam program pemuliaan. 

2. Pisifera 

Jenis pisifera memiliki ciri-ciri yaitu: tebal cangkangnya sangat tipis (bahkan hampir tidak ada), kemudian daging buah lebih tebal dari pada daging buah jenis Dura, daging biji sangat tipis, tidak dapat diperbanyak tanpa menyilangkan dengan jenis lain, dengan persilangan diperoleh jenis Tenera. Pisifera tidak dapat digunakan sebagai bahan untuk tanaman komersial, tetapi digunakan sebagai induk jantan. 

3. Tenera 

Jenis tenera ciri-ciri antara lain: tebal cangkangnya tipis 0,5-4 mm, terdapat lingkaran serabut disekeliling tempurung, daging buah ini sangat tebal, tandan buah lebih banyak (tetapi ukurannya lebih kecil), merupakan hasil persilangan Dura dengan Pisifera. Jenis tenera merupakan yang paling banyak ditanam dalam perkebunan dengan skala besar di sekitar. Umumnya jenis ini menghasilkan lebih banyak tandan buah. 

Kelapa sawit memiliki ciri-ciri tertentu sesuai dangan orijinnya. Persilangan antara Dura (D) dan Pisifera (P) menghasilkan bahan tanaman komersial jenis Tenera (T atau DP). Ciri-ciri Tenera merupakan rekombinasi antara sifat sifat Dura dan Pisifera. Tetua Dura yang digunakan sebagai materi dasar persilangan sebagian besar berasal dari Dura Deli sedangkan tetua Pisifera berasal dari berbagai orijin .

Monday, January 18, 2016

PENYAKIT KELAPA SAWIT




PENYAKIT KELAPA SAWIT

Tanaman kelapa sawit bermula biji benih yang hendak disemai di tapak semaian sehingga sesuai untuk diubah ke ladang. Biji benih ada yang diserang penyakit BROWN GERM iaitu embrio dalam isirong yang rosak atau hitam disebabkan oleh KULAT ASPERGILLIUS spp, PENICILLIUM spp dan FUSARIUM spp. Akibatnya biji embrio benih tidak bercambah boleh dikawal dengan menggunakan racun mencozeb dan benomyl iaitu direndam biji benih selama 15 minit. Penyakit kedua yang menyerang pada biji benih adalah penyakit Schizophyllum yang disebabkan oleh Shizophyllus commune dimana miseliumnya masuk kedalam biji benih dan merosakkannya.penyakit ini menyerang biji kelapa sawit yang pecah dan mesokap yang tidak bersih dan pada biji benih yang disimpan ditempat yang lembab. Cara kawalan dengan menggunakan racun kulat seperti Thiram dan juga pemilihan biji yang tidak pecah atau retak.Ketika di tapak semaian terdapat beberapa penyakit yang boleh menyerang tetapi ianya mudah dikawal. Antara penyakitnya adalah seperti penyakit Antraknos yang disebabkan oleh Melanconium, Bortyodiploida dan Glomerela. Bahagian anak benih yang derang akan berbintik perang dikelilingi kuning dimana berlaku pada benih yang berumur 1-3 bulan. Kawasan sekeliling yang lembab, susunan anak benih yang rapat dan siraman air berlebihan adalah puncanya.




















Penyakit Bintik Daun "Curvularia spp" akan meyerang daun yang terdedah terutamanya dikawsan tanah gambut.


Penyakit Karah Daun "Phytium spp" dan "Rhizoctonia spp" menyerang daunyag telah tua dan kemudian merebak ke bahagian batang dan akar anak benih sawit. Kawalan penyakit ditapak semaian ialah dengan penyusunan polibeg yang sesuai, imbangan baja yang sesuai mempunyai naungan yang optima dan penggunaan racun kulat yang disyorkan..











Di ladang pula terdapat dua jenis penyakit yang menyerang kelapa sawit di ladang iaitu penyakit reput pangkal batang "Ganoderma Boninense" dan penyakit reput perdu "Collectotricum spp" atau "Fusarium spp". Penyakit ini menyerang pokok pada umur 10 tahun ke atas walaupun ada kes yang penyakit ini menyerang pokok muda. Pucuk pokok di serang tidak akan mengembang dan daun tua akan patah dimana bahagian tisu akan berbau busuk. Biasanya pokok mati 6-12 bulan kemudian jika tidak di kawal. Kerugian mencecah sehingga 50% jika kelapa sawit ditanam ditanah bekas kelapa sawit yang berpenyakit. Kawalan dengan memungut batang atau tunggul yang berpenyakit hendaklah dibakar. Pokok yang dijangkiti pada peringkat awal boleh dikawal dengan mengunakan racun dahulu jika tidak akan dibakar.




penyakit reput perdu "crown disease" pula menyerang pokok berumur 1-3 tahun dimana pucuk tidak mengembang. Pertumbuhan terbantut dan daun melempai kebawah walaupun kemungkinan kadar serangan cuma 5% sahaja. Kaedah kawalan ialah dengan memilih anak benih yang tahan serangan penyakit. Pembajaan yang sempurna dan kebersihan ladang yang optima.




















Sunday, January 17, 2016

PEROSAK YANG MENYERANG KELAPA SAWIT

PEROSAK POKOK KELAPA SAWIT

Pada peringkat awal menanam sawit biasanya terdapat pelbagai jenis perosak yang menyerang tanaman ini.  Serangan ini boleh berlaku di kawasan yang baru dibangunkan dan juga di kawasan tanam semula.  Kerosakan tanaman ini adalah disebabkan oleh dua jenis perosak iaitu serangga dan haiwan mamalia.
Serangga perosak utama termasuklah kumbang Apogonia, kumbang tanduk, anai-anai dan belalang, manakala perosak haiwan mamalia pula adalah tikus, landak, babi hutan, monyet dan gajah.
Pengawalan perosak ini adalah penting dan sekiranya tidak dikawal dari peringkat awal ia akan menyebabkan kerugian yang besar kerana melambatkan pertumbuhan dan mengurangkan hasil.  Serangan yang teruk akan menyebabkan kematian kepada tanaman yang baru ditanam.
Perosak Serangga
Kumbang Apogonia "Apogonia spp" atau "Adoretus spp"
Kumbang Apogonia adalah serangga perosak utama anak sawit di tapak semaian dan anak sawit yang baru ditanam di ladang.  Terdapat dua spesis kumbang apogonia yang menyebabkan kerosakan iaitu kumbang Apogonia dan Adoretus.  Kumbang Apogonia (Apogonia sp.) berwarna hitam manakala kumbang Adoretus (Adoretus compresus) berwarna perang dan berbulu halus di badannya.  
Kumbang dewasa berukuran di antara 10 mm hingga 12 mm panjang dan hanya aktif pada waktu malam sahaja.  Pada waktu siang, kumbang dewasa ini bersembunyi di dalam tanah.  Telur perosak ini boleh ditemui di dalam tanah berhampiran pangkal pokok.  Larva kumbang hidup dengan memakan bahan yang mereput serta akar-akar rumpai.  
Kerosakan daun oleh kumbang kaboi
Kerosakan daun oleh kumbang apogonia
Kesan serangan ini dapat dilihat di lubang-lubang yang terdapat pada daun sawit.  Kumbang Apogonia memakan daun dengan lebih luas bermula dari tepi daun manakala kumbang Adoretus memakan bahagian tengah daun dan menyebabkan daun berlubang-lubang dalam bentuk yang lebih kecil.
Kawalan yang berkesan untuk mengawal perosak ini adalah dengan menyembur racun trichlorfon atau cypermethrin pada daun sawit.
Kumbang tanduk
Kumbang tanduk(Oryctes rhinoceros) adalah perosak utama tanaman sawit pada peringkat awal menanam.  Serangan kumbang ini berlaku dengan teruk sekiranya kawasan tersebut mempunyai tempat pembiakannya seperti tunggul mereput dan bahan organik yang mereput seperti habuk papan, tahi lembu dan tandan buah kosong.
Kaedah penanaman semula tanpa pembakaran boleh juga menimbulkan masalah kerana batang sawit yang ditumbang, diracik dan dibiarkan mereput menarik perhatian perosak ini untuk dijadikan tempat pembiakannya.  Penanaman semula secara tanam bawahan (penanaman semula di bawah pokok sawit tua yang kemudiannya diracun) juga menggalakkan pembiakan serangga perosak ini.
Kumbang badak dewasa
Kumbang tanduk dewasa
Kumbang tanduk dapat dikenali dengan kehadiran tanduknya seperti badak.  Peredaran hidup kumbang tanduk adalah di antara lima ke tujuh bulan.  Tempoh hidup kumbang dewasa betina adalah sembilan bulan dan yang jantannya sehingga enam bulan.  Kumbang tanduk jantan dapat dibezakan dengan kumbang tanduk betina melalui kehadiran tanduknya yang lebih panjang.  Peringkat larva kumbang ini tidak membayakan pokok sawit.  Larva ini hidup dalam bahan organik yang mereput.
Kumbang dewasa akan menyerang pucuk sawit memnyebabkan lubang yang berbentuk baji.  Bahagian pucuk yang telah diserang ini akan mereput dan akhirnya patah.  Kesan daripada serangan ini menyebabkan daun muda yang keluar akan berbentuk seperti kipas pada bahagian hujungya.  Serangan yang teruk akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut manakala serangan yang sangat teruk akan menyebabkan kematian.
Kerosakan serius anak sawit oleh kumbang badak
Kerosakan serius anak sawit oleh kumbang tanduk
Untuk mengelakkan serangan kumbang tanduk ini, semua tempat-tempat pembiakannya hendaklah dimusnahkan.  Penanaman kekacang penutup bumi dapat membantu menutup tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan seperti tunggul kayu dan batang sawit yang tidak boleh dibakar.
Kawalan kimia serangga perosak ini adalah dengan menyembur racuncypermethrin atau pun lambda cyhalothrin pada bahagian pangkal pucuk sawit.  Butiran racun carbofuran didapati berkesan untuk mengawal serangan kubang ini sekiranya diletakkan pada bahagian yang sama.
Kaedah lain yang boleh digunakan untuk mengawal kumbang tanduk ini adalah dengan mengguna perangkap feromon.  Feromon adalah sejenis formulasi yang mengeluarkan bau yang menarik kumbang dewasa untuk berkumpul.  Feromon ini boleh dibeli secara komersil dan diletakkan di tengah perangkap yang mempunyai plat zink yang digantung pada ketinggian 2.5 m – 3m daripada paras tanah.  
Kumbang dewasa akan tertarik pada bau ini pada waktu malam dan teperangkap di dalam baldi, dikumpul dan dibunuh.  Perangkap ini dipasang antara satu hingga dua tahun atau pun sehingga bilangan tangkapan kurang daripada lima kumbang dewasa/minggu/perangkap.  Kadar penggunaan perangkap ini adalah satu perangkap bagi setiap 2 hek atau lebih dan feromon ini boleh tahan selama dua bulan di ladang.
Anai-anai
Anai-anai adalah serangga perosak yang terdapat di kawasan hutan yang baru dibuka untuk penanaman sawit.  Masalah ini menjadi lebih rumit di kawasan tanah gambut kerana tunggul-tunggul kayu mengalami proses pereputan yang perlahan.  Pembakaran tidak boleh dilakukan kerana ia akan menyebabkan kebakaran kawasan yang teruk dan malah menyahahi peraturan Jabatan Alam Sekitar.  Anai-anai akan menyerang pokok sawit apabila tunggul-tunggul kayu menjadi kering kerana paras air di kawasan tanah gambut menurun.  Serangan dilakukan oleh anai-anai pekerja serta askar dan ia boleh berlaku pada pokok muda dan matang.
Serangan anai-anai pada pokok muda dapat dikenalpasti dengan terdapatnya longgokan tanah pada bahagian pangkal pucuk pokok sawit yang baru ditanam.  Pada peringkat awal, tanah ini kelihatan basah dan akan menjadi kering dari hari ke sehari sehingga keseluruhan pucuk dan batang pokok akan diselaputi dengan lapisan tanah.
Kesan daripada serangan ini menyebabkan pucuk daun mereput manakala daun-daun muda bertukar menjadi kuning sedangkan daun-daun tua masih hijau.  Serangan biasanya berlaku selepas 12 bulan anak sawit ditanam di ladang atau kira-kira bunga pertama mula muncul.  Pada peringkat ini serangan yang teruk akan menyebabkan kematian kepada pokok dalam tempoh dua minggu.
Seranagan anai-anai pada pokok matang adalah melalui dalam tanah dan memasuki batang sawit melalui bahagian pangkal batang berhampiran tanah.  Pada bahagian pangkal batang, perosak ini masuk melalui terowong-terowong yang dibina secara menegak.  Kawasan pembiakan perosak ini amat sukar ditemui kerana ia terletak di dalam tanah di kayu mati, lembab dan hampir reput.  Pada bahagian batang pokok, laluan perosak masuk ini akan diselaputi lapisan tanah yang masih basah.  Kesan daripada serangan ini akan menyebabkan pelepah bahagian bawah menjadi kuning manakala tandan tidak menjadi buah.
Pengawalan serangga perosak ini adalah dengan menggunakan racun sepertichlorpyrifos dengan cara menyiram larutan tersebut pada pangkal batang pokok tersebut.  Sebanyak 1 hingga 3 liter larutan racun pada kadar 0.2% bahan aktif diperlukan pada setiap pokok.  Kawalan ini berkesan pada peringkat awal serangan sahaja.  Pemusnahan sarang pembiakan perosak ini adalah perlu untuk menghentikan serangan kerana ratu anai-anai bertelur dengan kadar yang agak tinggi sehari dalam masa setahun dan ini akan menyebabkan kemusnahan yang teruk di kawasan tanaman tersebut.  Sarang pembiakan perosak ini perlulah dimusnahkan dengan memecahkannya dan menyiram dengan larutan racun chlorpyrifos pada kadar 2 g bahan aktif dalam 1 liter air.

Belalang
Belalang menjadi perosak utama dalam keadaan cuaca yang sesuai di mana populasi perosak ini meningkat.  Serangan perosak ini bermula dengan kerosakan pada tanaman penutup bumi dan kemudiannya memakan daun sawit yang masih muda.
Belalang kunyit (Valanga nigricornis) didapati merosakkan tanaman sawit.  Ia bertelur dalam kelompok di antara 70-100 biji yang ditanam dalam tanah dengan kedalaman 5 mm hingga 8 mm.  Telur ini akan menetas dalam temph dua bulan dan melalui enam peringkat nimpa sebelum menjadi dewasa dalam tempoh 80 hari. 
Kawalan yang berkesan untuk perosak ini adalah dengan menanam kekacang penutup bumi untuk mengurangkan kawasan pembiakannya.  Perosak ini akan bertelur di kawasan yang terbuka dan berpasir.  Sekiranya serangan telah berlaku racun trichlorfon dan chlorpyrifos hendaklah disembur pada daun.  Semasa penyediaan larutan ini, gula boleh juga ditambah di dalam larutan tersebut untuk menarik minat belalang tersebut memakan daun dan seterusnya memakan racun-racun yang telah disembur.
ULAT BUNGKUS
Kemunculan ulat bungkus di Malaysia bermula sejak 100 tahun yang lalu. Namun ia hanya menjadi perosak penting bermula pada tahun 1956. Tiga spesis ulat bungkus umum ialah Metisa plana, Pteroma pendula dan Mahasena corbetti. Kitaran hidup masing-masing ialah 3 bulan, 40 hari dan 4 bulan.
Ancaman ulat bungkus yang merosakkan daun pokok sawit sebanyak 10-50% akan menyebabkan kehilangan hasil buah tandan segar sebanyak 43%. Melalui kawalan agen biologi iaitu pemupukan kehadiran pemangsa, populasinya dapat dikawal dengan baik serta membawa kesan positif secara berpanjangan.
Pemangsa ulat bungkus mempunyai saiz yang lebih besar, antara ukuran 6.0mm hingga lebih 20mm. Semua peringkat kitaran hidup pemangsa ini boleh menyerang ulat bungkus malah juga ke atas telurnya. Saiz pemangsa biasanya lebih besar daripada mangsanya ( ulat bungkus ).
Peringkat larva ulat bungkus merupakan peringkat yang paling merbahaya terhadap tanaman sawit kerana inilah tahap paling aktif mencari makanan. Daun tanaman sawit akan menjadi sasaran bekalan makanan. 2/3 daripada jumlah lapisan daun yang dimakan itu adalah untuk tumbesaran dan 1/3 pula untuk dijadikan sarang penghunian. Tahap pupa/kepompong ulat bungkus pula adalah tahap tidak aktif dalam aspek pemakanan. Ia berada di dalam sarang yang dibungkus daripada daun. Parasitoid pula bersaiz kecil, di antara kurang 1.0mm hingga 5.0mm.
Ulat bungkus merebak melalui sentuhan pelepah dan daun. Ia biasanya menggantungkan diri di bawah permukaan daun dengan seutas benang sutera hasilannya sendiri dan apabila angin bertiup, akan berayun dan menyeberangi ke pokok sebelah apabila daun bertemu.


Ulat Api (Setora nitens)
 
Gambar 1. Ulat Api (Setora nitens)
Sumber: Lizarmi (2013)
Telur diletakkan berderet 3-4 baris sejajar dengan permukaan daun sebelah bawah, biasanya pada pelepah daun ke 16 – 17. Seekor ngengat betina selama hidupnya mampu menghasilkan telur 300 – 400 butir. Telur menetas setelah 4 – 7 hari. Telur pipih dan berwarna kuning muda. Larva S. nitens berwarna hijau kekuningan, panjangnya mencapai 40 mm, mempunyai 2 rumpun bulu kasar di kepala dan dua rumpun di bagian ekor.

Kepompong berada di dalam kokon yang terbuat dari air liur larva, berbentuk bulat telur dan berwarna coklat gelap, terletak di permukaan tanah sekitar piringan atau di bawah pangkal batang kelapa sawit. Stadia kepompong berkisar antara 17 – 27 hari. Ngengat jantan berukuran 35 mm dan yang betina sedikit lebih besar. Sayap depan berwarna coklat dengan garis-garis yang berwarna lebih gelap. Ngengat aktif pada senja dan malam hari, sedangkan pada siang hari hinggap di pelepah-pelepah tua atau pada tumpukan daun yang telah dibuang dengan posisi terbalik.

Ulat muda biasanya bergerombol di sekitar tempat peletakkan telur dan mengikis daun mulai dari permukaan bawah daun kelapa sawit serta meninggalkan epidermis daun bagian atas. Bekas serangan terlihat jelas seperti jendela-jendela memanjang pada helaian daun, sehingga akhirnya daun yang terserang berat akan mati kering seperti bekas terbakar. Mulai instar ke 3 biasanya ulat memakan semua helaian daun dan meninggalkan lidinya saja dan sering disebut gejala melidi. Gejala ini dimulai dari daun bagian bawah. Dalam kondisi yang parah tanaman akan kehilangan daun sekitar 90%. Pada tahun pertama setelah serangan dapat menurunkan produksi sekitar 69% dan sekitar 27% pada tahun kedua.
 
Gambar 2. Gejala serangan ulat api
Sumber: Gunadi dalam Lizarmi (2013)
Ambang ekonomi dari hama ulat api untuk S. asigna dan S. nitens pada tanaman kelapa sawit rata-rata 5 - 10 ekor perpelepah untuk tanaman yang berumur tujuh tahun ke atas dan lima ekor larva untuk tanaman yang lebih muda.

Beberapa teknik pengendalian ulat api yang dapat dilakukan adalah sebagai berikut :

a. Pengendalian secara mekanik, yaitu pengutipan ulat ataupun pupa di lapangan kemudian dimusnahkan
b. Pengendalian secara hayati, dilakukan dengan :
a) penggunaan parasitoid larva seperti Trichogramma sp dan predator berupa Eocanthecona sp
b) Penggunaan virus seperti Granulosis Baculoviruses, MNPV (Multiple Nucleo Polyhedro Virus)
c) Penggunaan jamur Bacillus thuringiensis
c. Penggunaan insektisida, dilakukan dengan:
a) Penyemprotan (spraying) dilakukan pada tanaman yang berumur 2,5 tahun dengan menggunakan penyemprotan tangan, sedangkan tanaman yang berumur lebih dari 5 tahun penyemprotan dilakukan dengan mesin penyemprot
b) Penyemprotan udara dilakukan apabila dalam suatu keadaan tertentu luas areal yang terserang sudah meluas yang meliputi daerah dengan berbagai topografi




Sampai disini saja lah perkongsian kami tentang kelapa sawit.
Sekian terima kasih dan selamat membaca.....